31 December 2011

Meet my Canadian Host Family

Salam semua..

xsabar rasanya nak jumpa MY CANADIAN HOST FAMILY esok.. kami 4 budak malaysia apply sama2, and dpt la host family kt sini.

esok dia ajak makan2x..  dua buah kereta akan dtg amik (mercedes and acura)..


Gambar die kasi. InsyaAllah ak akan upload lg banyak lg esok in my next update :)
tata.

27 December 2011

Solution for Charging Ipad / Iphone On PC

Hello guys,

Having trouble when charging your Ipad/ Iphone with your PC??

From my reading, the reason why your ipad not charging when connected to PC because of its different input power (maybe). It is weird when it doesnt charge if connected to PC but does when connected to Macbook ( any kind of Apple Product). This might be the compatibility designed to all apple product.

I'm not going to discuss about this problem WHY it happen, since I had have found the solution.

Go to this website : Click here and download the "Asus Ai Charger". You will get it in Zip file, extract and install.
Then you are done! Now you can charge your Ipad or Iphone to your PC at any condition, whether your PC is on working mode, standby, sleep or even shutdown. Based on the "Asus Ai Charger" website, the charging will be faster.

*I tried it and it is working perfectly. a bit faster compare when using my macbook pro. 

I hope it works for everyone. thanks.

22 December 2011

Barang baru wa gadjet

Salam..
Sejak dua menjak ni ak asyik fikir "APA NAK BELI" xtau la knapa suke habiskan duit..
Orang lain semua SIMPAN DUIT UNTUK KAWEN..
Pernah gtau keluarga, "next year leh r simpan duit sebab baju kasut coat winter sume dah ade"

tup2x amik kau, dtg2 je beli 2 winter coat, seluar, aquarium, ikannye lagi (walau ade warranty 14 hari), desktop lagi, n LCD monitor 22 inch.. banyok gilo.. sebab tu skrg ak da x bukak macbook pro ak, da ade desktop..

LAGI 2 BARANG baru aku beli.... ni latest...

Ipad 2 with keyboard

99.99% pure gold Maple coin

Peminat gadjet ( suke bazir )

IPAD 2: ak beli sebab murah, so ak nak tampal screen protector n jual balik, maybe dpt untung 30 dolar jadi la, n dapat la ak guna sket wat main2.. kalau rasa sayang, xjual. hahaha. tp mak ak kata jual, nnt nak balik br beli lain (kalau nak sgt)

Pure Gold : ni pon ak beli sebab ak sedar "KALAU ADE DUIT MMG AK HABISKAN"
so dengan beli tu, xde la duit ak melencong ke lain. berapa berat??? 14 grams.. berapa harga??? pikior ler sendhighi ( ckp perok sket ). Kenapa EMAS? sebab nilainya xkan susut, malah makin naik kalau ak simpan 3 4 tahun... BOLEH LER GADAI WAT KAWEN..! kihkihkih~

haaaaa.. tu je la.. cadang nya macbook pon nak jual murah2, tp tnggu kt mesia la, jual kt adik2.. ringan beban sket.. 

erm.. bila da abes final ni rs bosan plak.. tido manjang.. okey thanks bubbye boboi beboyot.



17 December 2011

Zaman dah barubah

Alhamdulillah aku telah berjaya menduduki 6 kertas final first semester untuk chem engineering 2nd year. 1 paper remaining. YA!! memang ak berjaya menduduki semuanya, tapi berjaya jawab sepenuhnya x?? haha.. itulah yg ak mksudkan semuanya berbeza.. kalau dulu, tyme PMR, SPM.. agak susah r nak dpt mrkah below 60.. even dah msuk sini, first year pon adeee la subjek yg boleh nak target dpt A.. msuk je 2nd year, erm... mintak2 lepas (50%) je.. mmg x berharap pon nak skor.. xtau r tp mmg org kata adat di university kot untuk dpt mrkah2 cmtu... xpon ak sorg je yg rs susah :p.. pape pon lg 2 hari last paper, then ak cuti 2 minggu (Christmas break).. last year ak p Toronto, Ottawa, Mc Master, tp tahun ni x p kemana2.. dok umah simpan duit. maybe summer depan la bleh jalan2 memandangkan x balik Malaysia. Ak mendoakan yg terbaik buat exam ak, n untuk korg juga :) salam

13 November 2011

Raya Haji @ Freddy + unrelated events

Hello wa assalamualaikum..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat teman2 rakan2 sekalian. Kami di sini turut merayakan dengan semeriah yg boleh bersama2 rakyat malaysia yg sedia ada lebih kurang 30 org. turut di jemput family indonesia yg agak rapat untuk menjamu selera bersama kami selepas solat sunat aidiladha di "court bola keranjang" yg di imami oleh pak2 arab.

Dalam majlis ni, setiap rumah kena bawa makanan sendiri untuk dimakan bersama2 pd majlis tu. disebabkan rumah aku, 875 windsor street merupakan host untuk majlis ni, kami tetibe kerajinan membuat pelbagai jenis makanan.

1- karipap kari perrrgh!!
2- badak berendam sllurp~~
3- kuih batik hobin jang hobin
4- nasi impit kuah kacang dondang sayang
5- air sirap sesejuk air paip secukup rasa
6- kuih kasturi india mari..
7- den pon lupo.. xdo kot.. hehe = see attachment below!

Karipap pergh!

Badak berendam 

kek batik hobin




kuih kasturi india mari

* gmbar mkanan len xde... btw thanks kpd rumah2 len yg bw nasi lemak ayam, lontong, n ntah ape lg ak da lupe... tp mmg best.. cuma xde lembu kerbau je nak sembelih. cmner nak sembelih, nak jumpe org bela ayam pon xde, apetah lg nak tgk suasana mcm malaysia, ptg2 je ade pakcik bawa lembu msuk kandang.. mmg jauh ler.. 

But we're malaysian memang bersatu padu!!


cilok gmbar dslr bean   


NEXT :

KALAU KAMAL ADA KUCING BERNAMA GATO@GORDON... AKU ADA IKAN!! 

ceh bangga plak. xde ah ak tetibe nak bertemakan "bilikku syurgaku" plak... 
aku pon mula membela ikan sepertimana yg telah ak lakukan dimalaysia sejak dari kecil lg...

Ak mula mengembangkan cita2 di perantauan, mencari aquarium murah di KIJIJI.CA (tmpt ak membeli belah, almaklum org miskin xde duit nak beli brg2 mahal).. kemudian dpt la satu aquarium complete set with stand.. plan mula2 nak bela ikan GOPI tp x jd sebab $5.00 sekor. apeke mahal n x selawa yg aku bela di malaysia.. ak beli la ikan NEON ape mnde ntah...

Pastu semalam ak chek kt tmpt membeli belah aku, (KIJIJI.CA), ade org nak kasi 5 ekor ikan termsuk gopi sebab aquarium die pecah. n ak antara org terawal view post tuh.. so dpt la ikan cun2 gk.. ak upah die 5 dolar sebab dtg antar.. lgpon xkisah la 5 dolar untuk minah salleh yg cun dtg deliver :p hahahha

Sebelum ada ikan

ikan feveret aku

nak stoli moli psl sejarah ikan sket :

Kt mesia aku bela ikan secara kecil kecilan je pada asal nyer.. ikan aku adalah tetap, GOPI.. dah bermcm2 kaler ak ade, kuning hijau biru oren ungu dan sebagainya... tp perkara yg paling ak xleh lupa ialah kisah arwah datuk ak bersama gopi aku.. dah lupe thun brapa, n bila tp pd satu pagi......

Dia bangun awal dan jenguk ikan aku dalam tong besar... kemudian mungkin dia berkata "kesiannya ikan gopi ni.. lapar nampaknya"... lepas tu dia pon beri lah makanan yg berada didalam plastik tu.. mkanan ikan tu bulat2 kecik... tetiba ak pon bangun.... dan turun kearahnya untuk memberi makan ikan dan dia berkata "cik buwi dah mkanan ikan" (lbih kurg cmtu la).. ak pon lega... TETAPI..... bila ak tnya, mkanan yg mana dia kasi? dia pon tunjuk plastik mkanan ikan tu... ak pon terkejut !!!  erk..... "Ciiikk... tu bukan makanan ikan, tu racun baja pokok!!" haa???? dah la ikan tu ak bela lama, da beranak pinak.. maka bermula lah ikan itu menjadi kekembungan untuk timbul di permukaan air... xdpt diselamatkan lg.. mati kesemuanya~~~ dia mintak maap tp rilex r... gentle r.. bermula hari tu, ak mula mencari simen telaga, simen2 yg mana lubang... lebih sbulan lepas tu ak memulakan kembali hobi bersama abg aku.. sehingga sekarang ak masih bersama gopi2 aku... tetapi sekarang mak ak yg kasi makan ikan2 tu.. adik aku tokey jual ikan, duit msuk poket die. huh! xpe... janji gentle~

nseb bek ad gmbo ikan ni dalam simpanan ak.

NEXT : TERENGGANU KALAH 

PIALA MALAYSIA 2011. TERENGGANU kalah. malas nak story panjang2.. sedih. tp kami di freddy tgk live kot pagi2 tu di "RAACUUN" - Malaysian Online TV. bg sesiapa yg dok oversea, nak tgk tv mesia live, leh la daftar kt raacuun ni.. 10 dolar per month. pakat2 la ngan kwn lg effective kan... kalu ade tv, cucuk HDMI kt tv.. bru best... 

together gether

jenuh ak membebel bercerita. salam!


17 October 2011

My second Fall

Salam semua.

Dah berkurun lamanya x mengapdate blog ni.. bukan sibuk bukan xde idea yang pasti aku mmg malas nak update2 ni. xpe la jrg2 skali la update bukan followers rmai pon nak bace.

Dah sebulan ak berada di knada, dah siap exam pon.. tinggal lg 3 paper next week (20 n 28 oct)... dan ini adalah fall term, so bila da nama cmtu maknanya ni musim luruh.. so daun pon luruh...

bagi kebanyakan org, musim luruh adalah musim yg cantik, yg kdua summer dimana bunga2 kembali tumbuh. yg paling x lawa winter sbb xde pemandangan langsung.. putih je..

Tyme "Thanks Giving Day" mnggu lepas ak sempat la pergi ke HOPEWELL ROCKS.. tmpt melancong terletak 2 jam dr rumah ak... nah usha sket cmner bentuk rocks yg ade hope sgt tu..






ak ade la jugak p jenjalan tgk2 daun luruh kt area2 ni.. mmg cun.. lepas ni winter mmg xleh nak jalan2 da. sejuk bebenor.. xpe la ak da ad visa us, xlama lg smpai la ak ke us tu. haha..





28 August 2011

Fenomena

SALAM SEMUA.. haa.. lama tol x update blog aku neh al maklum lah dok di rumah, lg sminggu nak p kanada br ak trasa nak update. tu pon bukan psai raya, mahupon puasa, mahupon lailatul qadr, mahupon bazaar.. sbb hampir smua blog da bercerita sal mnde tu.. untuk raya ni xde la happening sgt, just cat rumah ngan kaler baru, cat dapur, cat syiling, n beli prabot2 sket2... tp yg best nya, abg ak pd asalnya kena pergi ke pelantar minyak (kerja) selama sebulan. so xdpt raya dirumah dan xdpt jumpa ak sbb ak p sminggu pas raya, sedangkan die akan pulang 2 mnggu lepas raya. so ak telah mmbuat pertemuan terakhir dengan dia.. dan dengan kuasa Allah, tetibe pelantar die shutdown, so smua pekerja balik.. die smpat p sminggu je n resultnya, raya thun ni kami smua sekeluarga dpat beraya bersama. hepi kot! sbb kalu x.. next year ak insyaAllah da xbalik mesia.. :(

ok! skali ni ak nak habaq mai psai fenomena yg berlaku di rumah ak, dan mungkin berlaku kt korg jugak. kebiasaanya mnde ni akan mmbuat kan kome semua terutama pmpuan yg mengalami nya akan "eeeiii geliii" x pon "aaaaaa!!!" xpon akan fobia n lebih teruk lg mengigau malam. kihkihkih..


Pernahkah anda memakai kasut? mesti pernah..
pernahkah anda menyimpan kasut di rak kasut? mesti pernah..
pernahkah anda meletakkan kasut anda di luar rumah ?

kalau semua nya YA! kemungkinan anda berpotensi untuk menempuhi fenomena ini. tp bergantung pd kedudukan strategik rumah anda, hehe.. kebetulan rumah ak mmg strategik.


pertama skali.. bila anda memakai kasut pagi2 atau malam2, pernah kah anda merasa GELI-GELI dalam kasut anda? rasa kenyal2... lembut2... xpon anda akan rasa panas2... mesti best. rasa cm sponge tambahan je dalam kasut.... hahaha.. ini die fenomena yg kerap kali berlaku di rumah ak...






hehe... mesti best



tu je nak habaq.. pape pown.. selamat hari raya semua.. dan kpd smua kwn2 ak yg bakal fly, yg balik bercuti.. sure korg akan kembali ke perantauan lepas raya ni. so selamat pergi semoga selamat sampai dan selamat hari raya!! maaf zahir dan batin.








06 July 2011

Rancangan aku part 2 : was changed

salam semua.. da lama x update blog. malas + mood balik mesia yg mnyebabkan ak malas.

and NOW I'M BACK TO MALAYSIA. haha.. suke giler. yelah, banyak masalah melanda sebelum ak balik sini.

1. Sibuk dengan final exam, tambah lg dengan term paper yg 14 pages panjangnya. tp itu mmg tanggung jawab ak sebagai pelajar.

2. Dalam nak exam tuh, ade masalah baru. ak mmg amik dua flight berasingan, satu ke london, satu ke malaysia, n dua flight tuh bersambung (gap dalam 20 hours, so bleh la ak jenjalan). tapi masalahnya biler buat cmtuh, die kire flight ak short distance. n hanya satu checked luggage dibenarkan. amik kau! ape ak nak buat.. da r brg ak mmg banyak, da prepare lame nak wt balik. chek DHL, UPS, FEDEX n segala bagai, ape ke mahal nak post beg ak 20kgs tuh. paling murah kt Canada Post, post by sea n amik masa berbulan2. xkisah janji smpai mesia brg tuh. then ak p la canada post tuh, ape die ckp "we are on strike, come later". geram ak! tyme cmni la die nak mogok2... da la brg2 ak beli dr ebay xsmpai sbb posmen mogok. cari2 punya cari, ade la seorg mamat senior ak nih, Aiman atau (pacak) yg nak balik mesia, tp brg x banyak. so die bawa la brg ak sebanyak 18 kgs. ok r tuh.

3. Ak smpai kt mesia 2 julai ptg, die smpai 3 july pagi. ak tnggu r die kt klia. TUUUTT... PROBLEM LG!! nak tau ape, da la flight die awalkan penerbangan, mula2 kata landing kt subang, pastu Klia plak. delay dekat dua jam plak tuh, jenuh ak nunggu. dan problem terbesar, SATU BAGASI DIE SANGKUT KAT QATAR. lor... kesannya, ak hanya dpt 1 kotak brg ak dari 4 kotak semuanya. smpai skrg masih x dpt, ade kt umah aiman la.. tp tu semua dugaan la bg ak, first tyme balik, xde pangalaman. pasni komfirm ak beli tiket flight trus dr Fredericton ke Malaysia, bw dua beg.


So kesannya, hasil dr dua flight berasingan, ak dpt la transit lama2 kt London. Tp ak bazirkan 3 jam untuk berfikir "kemana nak pergi". rancangan ak part 2 untuk ke Stamford Brigde x kesampaian kerana teksi mahal sgt, nak search tmpt2 menarek, wifi xde. majuuu la sgt london tuh. fikir punya fikir, ak pon tanya org cmner nak ke london bridge, org tuh kata "mmg kne amik UNDERGROUND(train)". ak pon amik peta die sebesar tapak tgn, usha2 ngan khuzaimi, ade la stesen namanya London bridge. mula la kami beratur beli tiket n ke London Bridge, murah kot.

Heathrow ---> Green Park (naik Picadilly) ---> London Brigde (Jubilee)

agak menarek, pengalaman. rasa cm pengembara. haha. smpai sana, "eh mana London Brigde nya".. pdahal London Bridge tu nama tmpat, hampeh, xpenah ak tau. jalan2, jumpe tmpt jual tiket "sightseeing bus", 26 pound (52 dollar). ape lg, beli la.. dua jam ronda2 London smpai ak tido atas bas tuh. haha. nampak segala bagai, pastu ape lg, pulang ke heathrow lew.. tu jek.







ape2 pon, pusing london mmg best. masalah dengan luggage, tp rezeki ak dapat ke london walau duet banyak habis. sekali ape salahnya...

tu je wassalam.

05 June 2011

...

Assalamualaikum..

Dalam masa tiga hari berfikir, dapat lesen dr family.. ak beli.

Gamba mmg ak kasi dalam gelap hehe

Sekian. wassalam.

29 May 2011

Intersession (May - June) part 1.

Assalamualaikum semua.. Tajuk Intersession tu bermaksud ape aktiviti2 ak sepanjang intersession (summer kelas) dan InsyaALLAH akan berpart2..
Sebulan sudah berlalu (May) dan tinggal lg sebulan (June) sebelum ak balik. 5 org dr 7 org ahli rumah sudah kembali ke tanah air, hanya dua org masih berjuang mencari ilmu(ceewah)..

Ada la aktiviti2 sket sepanjang sebelum diorg balik dan selepas diorg balik. boleh dikatakan setiap minggu ada aktiviti sebab kelas pon x banyak, masa free pon banyak. antara nya :

Jalan2 (nak lompat je)

jalan yg lurus.. (?)

Satay 875 Windsor Street

nice

Kami Pelajar UNB

Picnic

wah.. ade gk gmba yg xde cm BBQ.. tp yg pasti banyak gk aktiviti kitorg.. 
Erm.. ni lg satu nak habaq betapa untung nya jd RAKYAT MALAYSIA.. disini semua menda kena bayar. mmg dasar kaut duit.. huh. ade patut nak memancing kt sini pon kena beli lesen. semua mnde nak ade lesen woo.. nak lg contoh?? nih nak picnic nak pasang khemah, pooon kena bayar, sewa tapak. kalau dilaksanakan kt mesia cmni.. ntah2 kena bakor parlimen tu.. haha.. TAPI....

memandangkan ramai dah dak2 umah ak balik, no more soccer. so ak amik hobi baru.. MEMANCING. haha.. ak beli lesen $25 dan joran $25. total $50. lesen ak ni limited, xleh pancing salmon. kalu nak mancing ikan salmon kena beli lesen $40. huh!! dan itu x masuk bajet ak, kire da lari bajet la ni... huhu. kena cover balik nnt. naseb baik makanan dr malaysia sebanyak 15KG da smpai. jimat sket mkanan ak.

ni die prove :

Lesen simple, kertas skeping. mahal. 

Fishing baits

Da mula memancing di Killerney Lake

Killerney Lake


Akhir nya!!

Inilah Hasil kesemuanya~~~

Ak pi memancing dua org, sorg lg senior third year. ak kalah 6-4. die dapat 6 ekor ikan, ak dapat 4. total 10 ekor untuk hari tu.. ok jugak r.. 

Biasa la kan.. spring ni kan musim bunga, smua daun2, bunga2 tumbuh balik.. ni gmbo sket2..

Depan Rumah aku

Ini tulip

Tulip

Maple

Ha.. tu saja lah hasil kumpulan gamba2 aku selama ni.. malas nak tulis byk2. kasi gambo je la... buat kengkawan2 dan adik dan sepupu aku yg baru atau akan start blaja terutama dak2 pas SPM yg msuk matrik, UPU ke, preparation ke ape2 ke.. semoga belajar dengan semangat baru setelah menghabiskan alam persekolahan.. wassalam.




10 May 2011

Malaysia dan Kanada

Assalamualaikum. ak xberpihak mana2 cuma nak bandingkan Malaysia dan kanada berdasarkan ape yg ak tahu, tp ape yg ak boleh ckp, Rakyat Malaysia lebih istimewa berbanding rakyat lain.

1. Setiap barang yg anda beli di sini (kecuali makanan) akan dikenakan cukai sebanyak 13% tetapi Malaysia mmg xpenah ade cukai kt supermarket kt mana2. Bayangkan anda beli apa2 berharga beribu2, berapa banyak anda kena byr cukai? kalau kereta $30,000, anda kena bayar $33,900. Bukan sehari bukan sebulan tp setiap hari dan selamanya. Tidakkah anda bersyukur jd warganegara Malaysia?

2. Harga minyak di Malaysia naik, sini pon naik gk. sini pon bukan murah, $1.31/L  tp org sini xkomen pon psal harga minyak. Tau knape? sbb dorg mmg xde subsidi. Harga ikut pasaran dunia. Malaysia tarik subsidi sikit2.. skali tarik skali kecoh.. haha.. lawak2.. tp sini harga minyak naik pon, tambang bas xnaik. mkanan x naik harga. semua ok.. peniaga Malaysia je nak untung banyak.. susah tol bila da biasa cmtu..

3. Di kanada, pelajar antarabangsa kena bayar yuran universiti sebanyak dua kali ganda dr pelajar tempatan. kesian kami kan? (walau Jpa yg bayar).. TAPI........!! mereka dikehendaki membayar sebanyak $40,000 kpd kerajaan mereka selepas mereka graduate. Kerja ke x, kena bayar jugak. Banyak woo~~ Pinjaman PTPTN pon x byk cm gitu.. Malaysia? education is free~~ kecuali ade yg certain2 kena bayar. xbyk pon kan... Tidakkah anda bersyukur jd warganegara Malaysia?

4. Kerajaan Malaysia dan agensi2 lain menyediakan scholarship kpd pelajar2. Negara lain?? ade.. tp x banyak.. beberapa org canada pernah gtau ak "Kerajaan Malaysia bagi biasiswa ke luar negara?? wow! soo amazing!" - Org kanada terkejut tau x! Diorg dah la kena byr yuran, lepas blaja nnt kena byr lg..  Untung x kita org Malaysia? (mybe anda kata, untung la yg dpt biasiswa).. yg x dpt, bersyukurlah dgn rezeki anda.. banyakkan berdoa.

5. Malaysia mempunyai kadar kemiskinan lebih tinggi berbanding kanada. xleh nak hurai. xtau sgt. sbb ak gtau ape yg ak tau je. da mention kt atas td. hahaha.

wassalam

30 April 2011

Promote

Salam.. ni ak nak kasi tau sape2 yg xtau. yg xde astro, xde masa, xde duit nak bayar bil astro, atau berebut ngan adik2 nak tgk tv, ni ade satu link di mana korg leh tgk ape2 cerita kt link ni. Malay movie only. 

Syarat2 : internet kena laju sket

nanti keluar page : klik kat "choose a movie to watch"


Kemudian pilih movie. contoh "Hantu Kak Limah Balik Rumah"


Kemudian Klik pada "Part 1" dan seterusnya...



 tapi kadang2 ada movie yg terus 2/3 jam.. contoh : "Evolusi KL Drift 2"


Perhatian : kalau ada apa2 "ads" yg keluar, just tekan (x)-close atau "Skip ads" contohnye :


aku x rasa post ak ni "copyright" ke ape, salah ke.. hanya nak promote mnda ni je. lebih sesuai untuk mreka yg dok oversea sbb xde tv. =). wassalam.

29 April 2011

Lawatan Ke Kucing

Salam semua.

Seminggu bercuti, esok lusa kelas intersession akan bermula la... smentara cuti ni, ak ade p lawat kucing. siesly ak mmg x suke kucing, tp alang2 nak tgk kucing omputeh, gemok2 sume.. ak follow r.. ni semua adalah kucing buangan, bila org jumpe, jaga, kasi makan.. jd comel plak. x de nyer cam kucing mesia mrata2 xde org jaga..

Si Pemalas + malu

Si Mafia Harimau

Meh ak baby kan ko~ hehe

Si Aktif

Si Kamal. hahahaha

Post yg pendek.sebagai pemberitahuan.untuk perkongsian sahaja. wassalam.

22 April 2011

Kita hanya Merancang part 2

Assalamualaikum...

ye kali ni ak nak habaq sal rancangan ak kedua selepas kecewa apabila rancangan ke korea xjadi.. hrm..
tengah main2 game Fifa ps3 smlm, tetibe terpikir sal tiket flight.. n sorg my senior habaq kt ak sal transit lama2 kt london.. "eh ko transit brapa lama?" -"19 jam, dr 5 pg smpai 10 malam" then die gtau... "haa.. ok r tuh. try chek Stamford Bridge ngan Stadium Emirates jauh x dr Heathrow airport tu? alang2 p london, pi r stadium Chelsea ngan Arsenal tu.." wahhh!! terkezot ak mendengarnye.. lompat2 ak nak pegi. hahaha.. bila chek, yes! bermula la "Kita Hanya Merancang part 2" hehe..

selepas ak smpai ke Gatwick airport, ak akn amik bus ke Heathrow airport yg mengambil masa sejam lebih. then makan2, agak2 reda, cari luggage, simpan beg. then amik bus/ teksi, ke Stamford Brigde, 40 minit dr heathrow airport n amik lg bus/teksi ke Stadium Emirates, ~40 minutes dr Stamford Bridge... kalau x jd p Stadium Emirates, Stamford Bridge ponnnn jadi lah,, dah la ak fan Chelsea. haha.. Ya Allah, tunaikan lah "Rancangan Aku Kedua(RAK-II) ini...


 Stamford Bridge


Emirates Stadium

Semoga dipermudahkan segala urusan. wassalam