06 July 2011

Rancangan aku part 2 : was changed

salam semua.. da lama x update blog. malas + mood balik mesia yg mnyebabkan ak malas.

and NOW I'M BACK TO MALAYSIA. haha.. suke giler. yelah, banyak masalah melanda sebelum ak balik sini.

1. Sibuk dengan final exam, tambah lg dengan term paper yg 14 pages panjangnya. tp itu mmg tanggung jawab ak sebagai pelajar.

2. Dalam nak exam tuh, ade masalah baru. ak mmg amik dua flight berasingan, satu ke london, satu ke malaysia, n dua flight tuh bersambung (gap dalam 20 hours, so bleh la ak jenjalan). tapi masalahnya biler buat cmtuh, die kire flight ak short distance. n hanya satu checked luggage dibenarkan. amik kau! ape ak nak buat.. da r brg ak mmg banyak, da prepare lame nak wt balik. chek DHL, UPS, FEDEX n segala bagai, ape ke mahal nak post beg ak 20kgs tuh. paling murah kt Canada Post, post by sea n amik masa berbulan2. xkisah janji smpai mesia brg tuh. then ak p la canada post tuh, ape die ckp "we are on strike, come later". geram ak! tyme cmni la die nak mogok2... da la brg2 ak beli dr ebay xsmpai sbb posmen mogok. cari2 punya cari, ade la seorg mamat senior ak nih, Aiman atau (pacak) yg nak balik mesia, tp brg x banyak. so die bawa la brg ak sebanyak 18 kgs. ok r tuh.

3. Ak smpai kt mesia 2 julai ptg, die smpai 3 july pagi. ak tnggu r die kt klia. TUUUTT... PROBLEM LG!! nak tau ape, da la flight die awalkan penerbangan, mula2 kata landing kt subang, pastu Klia plak. delay dekat dua jam plak tuh, jenuh ak nunggu. dan problem terbesar, SATU BAGASI DIE SANGKUT KAT QATAR. lor... kesannya, ak hanya dpt 1 kotak brg ak dari 4 kotak semuanya. smpai skrg masih x dpt, ade kt umah aiman la.. tp tu semua dugaan la bg ak, first tyme balik, xde pangalaman. pasni komfirm ak beli tiket flight trus dr Fredericton ke Malaysia, bw dua beg.


So kesannya, hasil dr dua flight berasingan, ak dpt la transit lama2 kt London. Tp ak bazirkan 3 jam untuk berfikir "kemana nak pergi". rancangan ak part 2 untuk ke Stamford Brigde x kesampaian kerana teksi mahal sgt, nak search tmpt2 menarek, wifi xde. majuuu la sgt london tuh. fikir punya fikir, ak pon tanya org cmner nak ke london bridge, org tuh kata "mmg kne amik UNDERGROUND(train)". ak pon amik peta die sebesar tapak tgn, usha2 ngan khuzaimi, ade la stesen namanya London bridge. mula la kami beratur beli tiket n ke London Bridge, murah kot.

Heathrow ---> Green Park (naik Picadilly) ---> London Brigde (Jubilee)

agak menarek, pengalaman. rasa cm pengembara. haha. smpai sana, "eh mana London Brigde nya".. pdahal London Bridge tu nama tmpat, hampeh, xpenah ak tau. jalan2, jumpe tmpt jual tiket "sightseeing bus", 26 pound (52 dollar). ape lg, beli la.. dua jam ronda2 London smpai ak tido atas bas tuh. haha. nampak segala bagai, pastu ape lg, pulang ke heathrow lew.. tu jek.







ape2 pon, pusing london mmg best. masalah dengan luggage, tp rezeki ak dapat ke london walau duet banyak habis. sekali ape salahnya...

tu je wassalam.

No comments: