14 November 2012

Items for sale (phones)

Salam semua. Lama x mengupdate blog ni. Setiap kali ak buka blog ni, mst ade pop-out yg keluar. ntah iklan ke ape ntah. xreti den nak buang.

As requested, and good respond from buyers from previous items shipped, ak akan membuat "wave ke-2" shipping phones ke Malaysia. tp kali ni telah di pertingkatkan jumlah dan kualiti phones. Sebelum ni ade phone yg mcm calar sket2 (biasa la brg 2nd hand) n ade buyer gunakan alasan calar untuk dpt murah. dh la shipping tu very costly, around 400-500 ringgit Malaysia.

OK. Ni phones yg dah ready to be shipped. ade 12 kesemuanya, tp stakat ni ada 10 je dulu. lg 2 on da way and gmbar akan diupload kemudian. Kalau ade sape2 yg rasa berminat, sila gtau awal2 jgn delay2 menerusi fb. Pm sajaaa facebook ituuu~ al maklum la phones ni ade yg baru, ade yg 2nd hand. so bila 2nd hand ade la yg x berkotak, yg xde itu ini.. nak detail pm la.. n barang ni semua original. n sesetengah org cakap nak tahu ori ke x tgk IMEI number yg ket tengah2.. chek IMEI sila tekan *#06#. ni based on blog yg ak cari :

02 atau 20 (Dari China) - Kualiti Rendah
08 atau 80 (Dari Jerman) - Kualiti Sederhana
01 atau 10 (Dari Finland) - Kualiti Terbaik
00 atau 03 atau 04 (Dari Kilang Asal) - Kualiti Super Saiya Terbaik!
13 (Dari Azerbaijan) - Kurang Berkualiti dan Merbahaya

And ak dah check semua phones ak.. Semua nya di 00, 03 dan 04 bak kata org "ori kilang boh". Tapi ad jugak ak jumpa yg cm lain sket.. tp yg konfirm 00 n 04 tu ori kilang. 03 tu ade khilaf  sket. Ni gmbaq2 phones tu.. Berkenan pm la.. ak x iklan kt mana2 lg.. 2 weeks dari tarikh post ni insyaAllah brg akan ade kt mesia..

* Ade phones yg xde earphones, so aku ade earphones yg akan dijual dgn hrga lain yg murah dr pasaran*

Arc Rm 700 (sold)
Iphone4 Rm1130 (available)

Curve 9360 RM 760 (sold)
Bold 9700 RM 580 (sold)

Curve 9380 RM 730 (sold)
Torch 9800 RM 590 (sold)
Curve 9300 RM350 (skali otterbox) (sold)

Bold 9700 RM440 (sold)
Bold 9900 RM 880 (sold)
Curve 9360 RM 700 (available)

Blackberry Torch 9810 (RM730) (sold)
xperia x10 RM570 (sold)

Sony RM 30(asal RM56)
JVC RM 25 (asal RM50)

Coby RM 20 (asal RM33)
Philips RM 25 (asal RM35)


tu je wassalam. 

30 September 2012

1st semester 2013.

Alhamdulillah dah masuk 3rd year ak ni.. dah separuh perjalanan aku before grad sebagai chemical engineer. semoga berjalan lancar...

xde ape2 yg berbeza, cuma satu. ak ada apply kerja (kempunan sebab spring-summer aritu x dpt kerja). Ni dapat kerja sebagai Assignment Marker. Ak akan jd assignment marker untuk sorang lecturer ni, under math department.

Skrg dh mnggu ketiga ak menanda kertas assignments math budak2 1st year.. agak banyak, 97 org, siap kena keep in marks dalam web lagi. huh.. tp ak diberi authority n kepercayaan oleh lecturer untuk kasi mrkah brapa byk aku suka.. haha. best lak.. tp tulisan mamat2 saleh n minah2 salehah ni.. ish2x~ CAKOR AYAM. susah naaa nak paham... pape pon, janji ade gaji. senyumm je la. :)



Lepas tu ak ade aktiviti baru.. saje2 je sbnrnya.. ape dia agak2? meniaga ler. haha.. ak beli handphone kt sini, shipping ke malaysia. jual. untung? xde la untung sgt.. sikit2 je sbb shipping cost mahal woo.. phone ni baru shipping untuk kali pertama, hope selamat smpai.. amiin..

ak focus jual Blackberry je.. yg lain ade la sampingan.. 7 phone yg ak hantar untuk 1st trip..
1- Xperia arc
2-Xperia x10 white (comel)
3- BB bold 9780 white
4- BB curve 9300 (ni biasa2 je)
5-BB 9230 (ni ok gk)
6- BB Torch 9800 (adik tempah)
7- samsung galaxy s2


ok. tata. salam

*Opps~ Smsung s2 not in the picture.

24 September 2012

Apple U-Pick at Everett Orchard

Salam semua.

Minggu ni, ak sebagai social director yg berjaya dan berpengalaman veteren tertinggi (lebih2 pulak) telah menganjurkan satu program untuk Malaysian Student Society, apple pick up atau kutip apple di Everett Orchard. Orchard ni adalah merupakan orchard turun temurun keluarga Everett ni, seluas 7 hektar. mmg luas. Setiap pokok apple tu mmg banyak buah, geram nengok.. banyak nya buah kemerahan tu macam kita tgk pokok lada merah yg dipenuhi dengan lada.. lebat sekali.. makan 2 biji dah kenyang.. ni adalah sebahagian gmbar2.. lain2 di upload di fb.

*Bak kata Naim Budak Klate tu, "sebab kamera je gmbar lawa, depan mata xpon"















sekian. wassalam

17 August 2012

Pantun Raya 2012


PANTUN 5 KERAT 4

Datangnya Syawal berlalunya Ramadhan,
Bergema takbir menyambut kedatangan,
Lagu raya turut berkumandang,
Menambah seri suasana perayaan.

1 syawal bermulanya sambutan,
Sebelum solat, zakat fitrah disettlekan,
Berpuasa padanya adalah diharamkan,
Memberi ruang untuk kita makan.

Kunjung Mengunjung dijadikan amalan,
Ketupat Rendang sebagai santapan,
Pelita dan mercun tak dapat dipisahkan,
Walau kerajaan dah memberi amaran!

Sama-samalah kita bermaaf-maafan,
kukuhkan talian, eratkan perpaduan,
Selamat Hari Raya saya ucapkan.
Janganlah lupa saya di perantauan.

Nukilan Ikhlas dari saya:
Fahmie.

04 August 2012

First 15 Ramadhan

Antara kuih/makanan yg ak dah buat selama 15 hari berpuasa.. 

not in picture : Onde-onde, Aiskrim Asam boy, Agar-Agar buah

Kek Lapis Sarawak (tetiba rajin)


Tat Telur


Aiskrim Bubur


Cek Mek Molek

Things to do: Badak Berendam, Sekaya, Kuih Sagu.. yg lain belum difikirkan.. xdo idea.

31 July 2012

Alhamdulillah.. finally

Tengah-tengah tgk game kekalahan 1-3 Malaysia XI VS Manchester City, tup2 barang smpai... wa.. syukur2x selamat pon.. pastu ptg tu terus jalan2 ngan senior, Amir Ridhuan dengan DSLR yg Comel, D3100 kat taman2 bunga.. some pictures were taken.. 

My New Friend.. Nikon D5100 with 50mm f1.8 lens + 
Nikon 18-200mm zoom lens (not in pic)

Bunga 1

Bunga 2

Bunga 3

Bunga 4

Bunga 5

Lady Bird

Minta tahan lama, tiada masalah... insyaAllah..

29 July 2012

Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya

"Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu .
"Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda .
"Ada keperluan apa?" tanya Khalifah . 
"Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah ."
"Masalah apa?"
"Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk .
"Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya .
"Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab anaknya kehairana melihat sikap ayahnya .
"Kalau begitu tunggu sebentar," sahut Khalifah dari dalam .

Khalifah kemudian bangun dari tempat duduknya mendekati satu-satunya lampu minyak di bilik itu, dan kemudian meniupnya sehingga padam . Ruang kerja itu berubah gelap gelita . Lalu Khalifah membuka pintu dan anaknya disuruh masuk .
Pemuda itu semakin hairan melihat tingkah laku ayahnya . Knapa berbicara dalam ruangan yang gelap seperti ini? Apakah ayahnya sudah bingung atau berubah ingatan? Apakah terlalu keras , tindakannya menjadi aneh di luar kebiasaan orang waras ?
Dengan agak sangsi dan sedikit takut pemuda itu bertanya ingin tahu kepada ayahnya .

"Ayah, di ruang ini cuma ada satu lampu, mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang dalam gelap?"

"Benar , kalu kita berbicara di dalam bilik ini, kita akan berbicara dalam keadaan gelap," jawab Khalifah .

Mengapa, Ayah?

"Apakah kau tahu bilik apa ini?"
"Bilik kerja Ayah .
"Siapakah Ayahmu?"

"Amirul Mukminin , Khalifah seorang pemimpin negara," jawab anak muda itu semakin tidak mengerti . Bahkan dia menjadi semakin curiga ayahnya telah mabuk kekuasaan sehingga hilang akal sihatnya .

Itulah jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin , maka kita akan berbicara tanpa lampu penerang di ruang ini."

"Mengapa?"

"Yang akan kita bicarakan adalah masalah keluarga, sedangkan lampu itu minyaknya dibeli dengan wang negara, wang rakyat . Aku tidak mahu urusan keluarga hingga merugikan milik rakyat, kepunyaan negara . Ruang ini adalah bilik kerja untuk kepentingan rakyat dan negara . Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaan adalah amanah yang akan diminta pertangungjawab oleh Allah kelak di Hari Pembalasan?"

Soalan : Siapakah Khalifah yang dimaksudkan di dalam kisah di atas?



Beliau adalah Khalifah Umar Abdul Aziz

24 July 2012

Tindakan Luar jangkaan


Tak tahu knape, ak rs ak bertindak luar jangkaan. hehe.. tetiba fikir nak beli... tertekan plak "commit to buy" n tertekan plak num credit card, ngan alamat, ngan nama penuh skali untuk shipping.. harap2 pilihan ni terbaik untuk aku. 

*lens xde, pinjam yg kwn sementara waktu sbb duit nk simpan nk beli tiket flight balik mesia*


Alhamdulillah. Corelle dah smpai kt Malaysia setelah 2 bulan naik kargo..

22 July 2012

Betol ke? Perlu ke?


Salam. Ape pendapat korang... cm pelik ak tgk video ni... ade ke rukhsah/kemudahan untuk perempuan tu buat cmtu? erm...

13 July 2012

Postcard Pengganti Diri

To be sent this Ramadhan.. siapa yang dapat bersyukur la.. yang x dapat bukan kerana x ingat, cuma xcukup modal. :)


08 July 2012

Newfoundland & Labrador, a GREAT place to visit..

Salam.. 11 hari pecutian ke Newfoundland n Labrador amat2 berbaloi.. tempat yg dipenuhi dengan pemandangan yg menarik, sambil melihat kebesaran dan keindahan alam yg dicipta-NYA.. bagiku, ni lebih bermakna dari habiskan duit ke tempat2 berseronok ( roller-coaster, shopping, etc..). Perjalanan sejauh 5000km++ sentiasa dikelilingi gunung2, melalui Trail2 di lereng bukit menghadap laut seluas mata memandang, air yg tenang kebiru-hijauan.. MasyaAllah amat teruja..

Dua tempat yg aku rasa amat2 best :

1.Cape st Mary's Bird Ecological Reserved (melihat jutaan burung di habitatnya diatas gunung)
2. Signal Hill (tengok pelabuhan from top of hill)
3. Cabot Trail (perjalanan selama 5 jam melalui lereng bukit, melihat lautan dan gunung-ganang)
4. Peggy's Cove (tempat bersejarah, buminya berbatu luas sepanjang pantai)
5. Sepanjang highway (Melalui bukit-bukau, dengan hujan, panas, mendung, akhirnya kami selamat sampai
    di rumah)

Satu Peristiwa yg x dapat dilupakan :


Malam ke-4 kami di sana (Saint John's, NL), 1 July. Canada Independent Day. All campsite fully booked, hari dah malam, pukul 9.30pm. masih tiada tempat bermalam. Last skali pergi ke Masjid kt situ, mintak stay kt masjid. Tapi malangnya Canada's Policy tidak membenarkan sesiapa untuk tinggal di Masjid or it against the rules.. Dah x tahu nak buat apa.. kemudian kami solat magrib jamak qasar dengan isya' dulu, smbil berdoa.. tyme tu ade hamba Allah (Professor di Memorial University, Newfoundland) sedang minum2 di Tim Hortons terasa untuk pergi solat maghrib di masjid, dan apabila beliau dimaklum tentang kami, kebetulan beliau baru berpindah semalam, rumah baru dan besar.. mempelawa kami stay kt rumah dia.. Alhamdulillah.. rezeki mendatang tanpa diduga. Dia belanja Pizza malam tu, n sarapan keesokan paginya.. yg untungnya, kami yg merasmikan rumah tu, dia pon belum tidur kt rumah tu sbb baru berpindah, so dia stay kt rumah lama.. semoga beliau mendapat balasan kebaikan dari-Nya.


Ni sebahagian Gambar2 percutian kami, dan selebihnya ada dalam facebook.
























SEKIAN..