25 September 2010

Hampir Sebulan di Perantauan

Assalamualaikum.. 

Sedar xsedar ak da hampir sebulan berada di negara orang, di mana negara yg amat2 jauh dengan famly ak di Malaysia..memang jauh, perjalanan mengambil masa (9.15am waktu malaysia n tiba di Fredericton pada 12.30pm waktu malaysia keesokan harinya. amat letih+ bosan... tapi xpe, demi ilmu yg ak ingin cari, demi negara yg sponser ak kat sini, ak akan tabah (ceewah ayat). haha.. Dengan adanya SKYPE, terasa jauh di mata tapi dekat di hati dengan family aku. leh tepon manjang.. thanks skype!!! nasib baik ade skype. haha.. hajat nya mmg la ak nak update blog nih slepas je dtg sini tp malangnya internet dapat disambungkan selepas ak brada 20 hari disini. xpe la, so da xbanyak la gamba latest, semua da ada dalam facebook. xpe la.. 

kehidupan disini amat berbeza ngan Malaysia. kalau dibandingkan, disiplin disini lg baik dr Malaysia, tp Malaysia lagi bebas. best pe bebas, asyik nak skema jek dok sini. haha.. semua kerja kena beratur, huh!! smpaikan ade satu hari tu, tyme ak nak beli cover untuk Iphone aku, ak xbratur sebab ingt kan yg bratur tu untuk org yg nak dapatkan servis je (daftar internet ke, bayar bil ke, beli hp ke) so ak pon terus la p kaunter tu, before ak bayar menda tu, tetiba ada sorang mamat ni, (dengan gaya emosional) tanya ak, diterjemahkan " kamu xtau ke polisi di sini semua menda kena beratur, kamu xtengok ke ramai orang beratur tu.. kamu rasa kamu adil ke x wat cmni?" terketar ak dibuat nya, da la baru hari ketujuh kat kanada tyme tuh.. ak pon mintak maap je la n trus blah. haah.. smpai skunk xpergi kdai tu. Tu la kita kena belajar dr kesilapan.. sedikit demi sedikit kita adapt dengan budaya sini, bg paham betol2x.. InsyaALLAH..

Rumah ak (gambar sama cam dalam fbook)
* Ade 4 tingkat
* Basement, Dapur 1, ruang tamu n dapur 2, n tingkat atas
* sewa $431 sebulan (smpai bulan 4) n $292 selepas tu.


RAYA 

Ni la kali pertama ak raya kat sini, raya tanpa keluarga mg r sedih tp xpe la, bila lagi nak dapat pengalaman camni.. sini raya lewat dr Malaysia, sebab pengiraan waktu berbeza. kanada lambat 11 jam, so tambah sejam waktu malaysia n tukar am n pm. senang jek. sini ade la satu keluarga dr Malaysia ( keluarga Abang Zuki).. die orang ganu gak.. lega sket sebab ada gak keluarga melayu kat sini, rumah dia dalam 50 meter di belakang rumah ak. pelajar2 sini semua nya baru tiga generasi (aku yang ketiga). so xramai sgt la. ade la lebih kurang 30 orang org dr malaysia. kira ok la tuh..

orang datang beraya kat umah ak

Makanan Raya 

So sekarang ni ak da start kelas selama dua minggu. Biasa la awal2 belajar menda biasa je macam kat Taylor dulu la, tp ade prob sket ngan solat jumaat dimana ak ade kelas tyme tuh.. so xleh nak tukar jadual da., terpaksa la ak bahagi2 kan, mnggu ni gi kelas mggu depan gi lewat or x pegi terus. huh! agak kelam kabut gak la. weekend xde keje lain, mesti pi main bola. tu da memang jadi rutin kami lelaki UNB. Ad yang xbiasa main pon terpaksa pergi main sebab nanti winter dah xboleh nak main bola. main ice skating boleh la. haha.. 

OK!! sebulan disini aku dapat summary kan untuk satu post. hebat2x.. cerita hambar sebab ni da lewat malam, so mood heppi ak da kurang.. xpe sekadar untuk bercerita n meluahkan rasa je. ak rasa stakat ni je untuk kali ni nnt kalu ade pape latest news ak post baru. wassalam..

2 comments:

Hanis Amanina said...
This comment has been removed by the author.
amn said...

dah tataw nak sembang ape ngan ko :(