31 July 2012

Alhamdulillah.. finally

Tengah-tengah tgk game kekalahan 1-3 Malaysia XI VS Manchester City, tup2 barang smpai... wa.. syukur2x selamat pon.. pastu ptg tu terus jalan2 ngan senior, Amir Ridhuan dengan DSLR yg Comel, D3100 kat taman2 bunga.. some pictures were taken.. 

My New Friend.. Nikon D5100 with 50mm f1.8 lens + 
Nikon 18-200mm zoom lens (not in pic)

Bunga 1

Bunga 2

Bunga 3

Bunga 4

Bunga 5

Lady Bird

Minta tahan lama, tiada masalah... insyaAllah..

29 July 2012

Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya

"Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu .
"Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda .
"Ada keperluan apa?" tanya Khalifah . 
"Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah ."
"Masalah apa?"
"Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk .
"Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya .
"Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab anaknya kehairana melihat sikap ayahnya .
"Kalau begitu tunggu sebentar," sahut Khalifah dari dalam .

Khalifah kemudian bangun dari tempat duduknya mendekati satu-satunya lampu minyak di bilik itu, dan kemudian meniupnya sehingga padam . Ruang kerja itu berubah gelap gelita . Lalu Khalifah membuka pintu dan anaknya disuruh masuk .
Pemuda itu semakin hairan melihat tingkah laku ayahnya . Knapa berbicara dalam ruangan yang gelap seperti ini? Apakah ayahnya sudah bingung atau berubah ingatan? Apakah terlalu keras , tindakannya menjadi aneh di luar kebiasaan orang waras ?
Dengan agak sangsi dan sedikit takut pemuda itu bertanya ingin tahu kepada ayahnya .

"Ayah, di ruang ini cuma ada satu lampu, mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang dalam gelap?"

"Benar , kalu kita berbicara di dalam bilik ini, kita akan berbicara dalam keadaan gelap," jawab Khalifah .

Mengapa, Ayah?

"Apakah kau tahu bilik apa ini?"
"Bilik kerja Ayah .
"Siapakah Ayahmu?"

"Amirul Mukminin , Khalifah seorang pemimpin negara," jawab anak muda itu semakin tidak mengerti . Bahkan dia menjadi semakin curiga ayahnya telah mabuk kekuasaan sehingga hilang akal sihatnya .

Itulah jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin , maka kita akan berbicara tanpa lampu penerang di ruang ini."

"Mengapa?"

"Yang akan kita bicarakan adalah masalah keluarga, sedangkan lampu itu minyaknya dibeli dengan wang negara, wang rakyat . Aku tidak mahu urusan keluarga hingga merugikan milik rakyat, kepunyaan negara . Ruang ini adalah bilik kerja untuk kepentingan rakyat dan negara . Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaan adalah amanah yang akan diminta pertangungjawab oleh Allah kelak di Hari Pembalasan?"

Soalan : Siapakah Khalifah yang dimaksudkan di dalam kisah di atas?



Beliau adalah Khalifah Umar Abdul Aziz

24 July 2012

Tindakan Luar jangkaan


Tak tahu knape, ak rs ak bertindak luar jangkaan. hehe.. tetiba fikir nak beli... tertekan plak "commit to buy" n tertekan plak num credit card, ngan alamat, ngan nama penuh skali untuk shipping.. harap2 pilihan ni terbaik untuk aku. 

*lens xde, pinjam yg kwn sementara waktu sbb duit nk simpan nk beli tiket flight balik mesia*


Alhamdulillah. Corelle dah smpai kt Malaysia setelah 2 bulan naik kargo..

22 July 2012

Betol ke? Perlu ke?


Salam. Ape pendapat korang... cm pelik ak tgk video ni... ade ke rukhsah/kemudahan untuk perempuan tu buat cmtu? erm...

13 July 2012

Postcard Pengganti Diri

To be sent this Ramadhan.. siapa yang dapat bersyukur la.. yang x dapat bukan kerana x ingat, cuma xcukup modal. :)


08 July 2012

Newfoundland & Labrador, a GREAT place to visit..

Salam.. 11 hari pecutian ke Newfoundland n Labrador amat2 berbaloi.. tempat yg dipenuhi dengan pemandangan yg menarik, sambil melihat kebesaran dan keindahan alam yg dicipta-NYA.. bagiku, ni lebih bermakna dari habiskan duit ke tempat2 berseronok ( roller-coaster, shopping, etc..). Perjalanan sejauh 5000km++ sentiasa dikelilingi gunung2, melalui Trail2 di lereng bukit menghadap laut seluas mata memandang, air yg tenang kebiru-hijauan.. MasyaAllah amat teruja..

Dua tempat yg aku rasa amat2 best :

1.Cape st Mary's Bird Ecological Reserved (melihat jutaan burung di habitatnya diatas gunung)
2. Signal Hill (tengok pelabuhan from top of hill)
3. Cabot Trail (perjalanan selama 5 jam melalui lereng bukit, melihat lautan dan gunung-ganang)
4. Peggy's Cove (tempat bersejarah, buminya berbatu luas sepanjang pantai)
5. Sepanjang highway (Melalui bukit-bukau, dengan hujan, panas, mendung, akhirnya kami selamat sampai
    di rumah)

Satu Peristiwa yg x dapat dilupakan :


Malam ke-4 kami di sana (Saint John's, NL), 1 July. Canada Independent Day. All campsite fully booked, hari dah malam, pukul 9.30pm. masih tiada tempat bermalam. Last skali pergi ke Masjid kt situ, mintak stay kt masjid. Tapi malangnya Canada's Policy tidak membenarkan sesiapa untuk tinggal di Masjid or it against the rules.. Dah x tahu nak buat apa.. kemudian kami solat magrib jamak qasar dengan isya' dulu, smbil berdoa.. tyme tu ade hamba Allah (Professor di Memorial University, Newfoundland) sedang minum2 di Tim Hortons terasa untuk pergi solat maghrib di masjid, dan apabila beliau dimaklum tentang kami, kebetulan beliau baru berpindah semalam, rumah baru dan besar.. mempelawa kami stay kt rumah dia.. Alhamdulillah.. rezeki mendatang tanpa diduga. Dia belanja Pizza malam tu, n sarapan keesokan paginya.. yg untungnya, kami yg merasmikan rumah tu, dia pon belum tidur kt rumah tu sbb baru berpindah, so dia stay kt rumah lama.. semoga beliau mendapat balasan kebaikan dari-Nya.


Ni sebahagian Gambar2 percutian kami, dan selebihnya ada dalam facebook.
























SEKIAN..