29 May 2011

Intersession (May - June) part 1.

Assalamualaikum semua.. Tajuk Intersession tu bermaksud ape aktiviti2 ak sepanjang intersession (summer kelas) dan InsyaALLAH akan berpart2..
Sebulan sudah berlalu (May) dan tinggal lg sebulan (June) sebelum ak balik. 5 org dr 7 org ahli rumah sudah kembali ke tanah air, hanya dua org masih berjuang mencari ilmu(ceewah)..

Ada la aktiviti2 sket sepanjang sebelum diorg balik dan selepas diorg balik. boleh dikatakan setiap minggu ada aktiviti sebab kelas pon x banyak, masa free pon banyak. antara nya :

Jalan2 (nak lompat je)

jalan yg lurus.. (?)

Satay 875 Windsor Street

nice

Kami Pelajar UNB

Picnic

wah.. ade gk gmba yg xde cm BBQ.. tp yg pasti banyak gk aktiviti kitorg.. 
Erm.. ni lg satu nak habaq betapa untung nya jd RAKYAT MALAYSIA.. disini semua menda kena bayar. mmg dasar kaut duit.. huh. ade patut nak memancing kt sini pon kena beli lesen. semua mnde nak ade lesen woo.. nak lg contoh?? nih nak picnic nak pasang khemah, pooon kena bayar, sewa tapak. kalau dilaksanakan kt mesia cmni.. ntah2 kena bakor parlimen tu.. haha.. TAPI....

memandangkan ramai dah dak2 umah ak balik, no more soccer. so ak amik hobi baru.. MEMANCING. haha.. ak beli lesen $25 dan joran $25. total $50. lesen ak ni limited, xleh pancing salmon. kalu nak mancing ikan salmon kena beli lesen $40. huh!! dan itu x masuk bajet ak, kire da lari bajet la ni... huhu. kena cover balik nnt. naseb baik makanan dr malaysia sebanyak 15KG da smpai. jimat sket mkanan ak.

ni die prove :

Lesen simple, kertas skeping. mahal. 

Fishing baits

Da mula memancing di Killerney Lake

Killerney Lake


Akhir nya!!

Inilah Hasil kesemuanya~~~

Ak pi memancing dua org, sorg lg senior third year. ak kalah 6-4. die dapat 6 ekor ikan, ak dapat 4. total 10 ekor untuk hari tu.. ok jugak r.. 

Biasa la kan.. spring ni kan musim bunga, smua daun2, bunga2 tumbuh balik.. ni gmbo sket2..

Depan Rumah aku

Ini tulip

Tulip

Maple

Ha.. tu saja lah hasil kumpulan gamba2 aku selama ni.. malas nak tulis byk2. kasi gambo je la... buat kengkawan2 dan adik dan sepupu aku yg baru atau akan start blaja terutama dak2 pas SPM yg msuk matrik, UPU ke, preparation ke ape2 ke.. semoga belajar dengan semangat baru setelah menghabiskan alam persekolahan.. wassalam.




10 May 2011

Malaysia dan Kanada

Assalamualaikum. ak xberpihak mana2 cuma nak bandingkan Malaysia dan kanada berdasarkan ape yg ak tahu, tp ape yg ak boleh ckp, Rakyat Malaysia lebih istimewa berbanding rakyat lain.

1. Setiap barang yg anda beli di sini (kecuali makanan) akan dikenakan cukai sebanyak 13% tetapi Malaysia mmg xpenah ade cukai kt supermarket kt mana2. Bayangkan anda beli apa2 berharga beribu2, berapa banyak anda kena byr cukai? kalau kereta $30,000, anda kena bayar $33,900. Bukan sehari bukan sebulan tp setiap hari dan selamanya. Tidakkah anda bersyukur jd warganegara Malaysia?

2. Harga minyak di Malaysia naik, sini pon naik gk. sini pon bukan murah, $1.31/L  tp org sini xkomen pon psal harga minyak. Tau knape? sbb dorg mmg xde subsidi. Harga ikut pasaran dunia. Malaysia tarik subsidi sikit2.. skali tarik skali kecoh.. haha.. lawak2.. tp sini harga minyak naik pon, tambang bas xnaik. mkanan x naik harga. semua ok.. peniaga Malaysia je nak untung banyak.. susah tol bila da biasa cmtu..

3. Di kanada, pelajar antarabangsa kena bayar yuran universiti sebanyak dua kali ganda dr pelajar tempatan. kesian kami kan? (walau Jpa yg bayar).. TAPI........!! mereka dikehendaki membayar sebanyak $40,000 kpd kerajaan mereka selepas mereka graduate. Kerja ke x, kena bayar jugak. Banyak woo~~ Pinjaman PTPTN pon x byk cm gitu.. Malaysia? education is free~~ kecuali ade yg certain2 kena bayar. xbyk pon kan... Tidakkah anda bersyukur jd warganegara Malaysia?

4. Kerajaan Malaysia dan agensi2 lain menyediakan scholarship kpd pelajar2. Negara lain?? ade.. tp x banyak.. beberapa org canada pernah gtau ak "Kerajaan Malaysia bagi biasiswa ke luar negara?? wow! soo amazing!" - Org kanada terkejut tau x! Diorg dah la kena byr yuran, lepas blaja nnt kena byr lg..  Untung x kita org Malaysia? (mybe anda kata, untung la yg dpt biasiswa).. yg x dpt, bersyukurlah dgn rezeki anda.. banyakkan berdoa.

5. Malaysia mempunyai kadar kemiskinan lebih tinggi berbanding kanada. xleh nak hurai. xtau sgt. sbb ak gtau ape yg ak tau je. da mention kt atas td. hahaha.

wassalam